Thursday, October 28, 2010

SESI JUN2010

Pada sesi JUN 2101, pelajar dari semester 2 telah menganjurkan satu aktiviti berbuka puasa yang disertai hampir kesemua pelajar automotif PPD. Majlis seumpama ini adalah julung kalinya diadakan oleh program automotif sempena mengambil berkat di bulan yang mulia ini iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak. Majlis tersebut berlangsung di Pusat Islam PPD dan dirasmikan oleh Penolong Ketua Program Automotif.

Para pensyarah yang terlibat

Kehadiran para pelajar yang mula memenuhi ruang solat Pusat Islam

En. Din yang mewakili pensyarah lain telah memberi sedikit nasihat dan tazkirah kepada para pelajar


Majlis diteruskan dengan bacaan yasin dan tahlil

Berbuka puasa dengan kurma (mengikut sunnah Nabi)



Para pelajar menjamu selera
Para pensyarah berbuka puasa dengan makanan yang lebih 'berat'


Tetamu undangan, Ustaz 'berbaju coklat' turut menyertai jamuan tanpa segan silunya

SESI JAN2010

Pada semester lepas (sesi JAN 2010), sekumpulan pelajar dari kelas/modul J3181 telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kilang Proton yang beroperasi di Tanjung Malim. Dua buah bas bertolak dari PPD pada awal paginya dan sampai di sana lebih kurang pukul 10.00 pagi. Lawatan yang penuh informasi dan penuh bermakna itu mengambil masa setengah hari. Perjalanan ke sana sungguh menarik dan para pelajar telah menimba pelbagai pendedahan dan pengalaman yang manis.